Jumaat, 11 November 2011

PENYUNTINGAN BAHASA

Mohon perhatian dan kerjasama Bapak/Ibu untuk meminda penggunaan istilah/kata dalam Bahasa Indonesia kepada Bahasa Melayu. Pendekatan proaktif ini dapat membantu dari segi pengurusan masa menyunting agar ke depannya lebih efektif serta menghematkan penggunaan kertas.



Contoh:

Bahasa Indonesia Bahasa Melayu

mau mahu

yaitu iaitu

persentase peratus

karena kerana

majoritas majoriti

komunitas komuniti

bagian bahagian

etnis etnik

beda beza

uraian huraian

prajurit perajurit

coba cuba

politis politik

justru justeru

linguistic linguistik

ide idea

antar antara

bahwa bahawa

geografis geografi

metodologis metodologi

khawatir khuatir

peran peranan

fase fasa

kantor pejabat

pikiran fikiran


Atas perhatiannya, diucapkan terima kasih.

Tiada ulasan: