JURNAL BAHASA mengalu-alukan tulisan ilmiah tentang bahasa. Hasil kajian kritis dan penyelidikan akan dipertimbang untuk diterbitkan. Artikel hendaklah mengikut format yang berikut:
i) Jarak langkau tunggal, saiz taip 12 poin dengan menggunakan rupa taip Times New Roman.
ii) Jumlah muka surat tidak kurang dari 10 dan tidak lebih dari 30 termasuk jadual, gambar rajah, ilustrasi dan senarai rujukan lengkap dengan menggunakan kertas A4 atau sebanding.
iii) Petikan yang diperoleh daripada laman Internet bagi menyokong idea penulis seharusnya dinyatakan tarikh dan tahun petikan itu diakses.
iv) Artikel hendaklah asli tidak pernah diterbitkan dalam mana-mana prosiding, monograf dan jurnal terbitan serantau.
Sila kirimkan artikel tuan/puan kepada Sidang Editor Jurnal Bahasa melalui e-mel berikut: editor_bahasa@yahoo.com